Asas Penggunaan Media Sosial

11 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2020 (Selasa), Pusat Internet PPR Taman Dahlia telah mengadakan latihan Asas Penggunaan Media Sosial. Tujuan kami mengadakan aktiviti latihan ICT ini adalah untuk mendedahkan dan mengajar pelajar tentang asas multimedia secara digital yang diguna pakai pada zaman sekarang. Peserta terdiri daripada 3 orang pelajar.

Selain itu, kami juga memberitahu tentang kepentingan media sosial terutamanya kepentingan mempunyai akuan email dalam pembelajaran ini kerana zaman sekarang pentingnya ilmu ICT kepada semua memandangkan penggunaan komputer amat penting dalam setiap pembelajaran dan juga dalam alam pekerjaan. Dengan adanya latihan ICT ini dapatlah memudahkan urusan mereka nanti.

Kelebihan dan kebaikan aktiviti:

• Memantapkan lagi penguasaan kemahiran komputer dan pengetahuan penggunaan komputer.
• Para peserta akan mengetahui bagaimana penggunaan dan kebaikannya media sosial.

• Menggunakan kemudahan Internet dengan selamat dan beretika.
• Para peserta lebih berhati-hati dan memanfaatkan penggunaan media sosial.

• Para pelajar mendapat tambahan ilmu mengenai asas-asas computer dan melayari internet dengan betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali